
Hari ini 31 Disember 2011 adalah merupakan hari Pendaftaran Murid SK Pernu untuk sesi 2012. Selamat datang diucapkan kepada para ibubapa seterusnya bakal murid yang akan menjalani sesi persekolahan mereka di SK Pernu.




Tahniah kepada 4 orang pelajar SK Pernu yang telah dipilih mewakili zon Ayer Keroh yang mana telah pun berjaya menjadi johan di Kejohanan Bola Baling Perempuan Bawah 12 MSSSM. Pelajar tersebut adalah (dari kiri) Nur Fatin Afiqah Binti A. Razalee, Nurul Izzati Binti Selamat, Nurul Ain Shahirah Binti Jalani dan Nur Izzati Binti Zainudin. Semoga mereka akan cemerlang dan terus berjaya di peringkat negeri nanti.
Pada minggu yang lepas, satu program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Kesihatan telah diadakan di SK Pernu ini. Majlis anjuran bersama Unit PPDa, Unit Bimbingan Dan Kaunseling & Unit Kesihatan, Aedes dan Pergigian. Program selama seminggu ini telah dirasmikan oleh En. Low Chee Cheong, Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Melaka pada 25 April 2011 diwaktu perhimpunan mingguan sekolah.
En. Low Chee Cheong ketika ucapan perasmian
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!... Begitulah ungkapan yang harus diberikan kepada para pemain dan jurulatih Pasukan Bola Baling Perempuan SK Pernu diatas kejayaan pasukan tersebut menjadi johan dalam Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Sekolah Negeri Melaka Kawasan Ayer Keroh Tahun 2011 yang telah diadakan di padang SMK Padang Temu pada 30 Mac 2011 yang lalu. Semoga pasukan ini akan terus berjaya di peringkat negeri dan seterusnya akan berjaya dimasa akan datang. 

Pada 7 Februari 2011 yang lepas, satu lagi Kejohanan Merentas Desa telah diadakan di SK Pernu. Kejohanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 31 Januari ini terpaksa ditangguhkan oleh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, kejohanan tersebut akhirnya telah dilangsungkan dengan jayanya oleh pihak-pihak yang terlibat.
Pada hari sabtu 29 Januari yang lalu, satu program Kecemerlangan UPSR dan Majlis Penyerahan Anak Angkat 2011 telah diadakan di kantin SK Pernu. Majlis telah dihadiri YDP PIBG SK Pernu iaitu Datuk Dr. Hj Baba Bin Hj Mad Deni, Guru Besar SK Pernu, Tn. Hj Ibrahim Bin Moktar, penceramah jemputan En. Azmal Bin Omar, para guru serta semua murid tahun enam yang diiringi oleh ibubapa dan penjaga masing-masing.