Monday, February 21, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Pada hari Jumaat yang lepas, satu majlis telah diadakan di Dataran Sejat Sekolah Kebangsaan Pernu sempena dengan Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin dan seterusnya ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Riduan Bin Salleh. Setelah selesai mendengar ceramah, majlis diteruskan dengan perarakan para pelajar dan guru sambil berselawat dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Suhaimi Bin Md. Yusuf. Selesai bacaan doa, para murid dan guru bersurai dan diberi jamuan ringkas.





"Barangsiapa mengumpulkan orang-orang Islam untuk menyambut maulid Nabi S.A.W. dengan membaca maulid itu dan mengadakan syarahan-syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama dengan wali-wali, orang yang mati syahid dan orang-orang soleh dan ia akan berada dalam Syurga yang penuh nikmat."


-Riwayat Imam Syafi'i R.A.-

1 comments:

  1. Assalamualaikum W.B.T.....
    Saya adalah bekas pelajar SKP 1992-1997....Antara guru yang masih saya ingati adalah Cikgu Norsiah Ali, Cikgu Sanimah, Cikgu Sabarudin & Cikgu Piramly....Jika saya berpeluang berjumpa semula dengan mereka, ingin saya ucapkan, ''Cikgu, terima kasih atas segala ilmu yang cikgu telah curahkan...Alhamdulillah, saya kini telah bergelar seorang doktor''........

    ReplyDelete

 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers