Monday, January 31, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT 2011

Pada hari sabtu 29 Januari yang lalu, satu program Kecemerlangan UPSR dan Majlis Penyerahan Anak Angkat 2011 telah diadakan di kantin SK Pernu. Majlis telah dihadiri YDP PIBG SK Pernu iaitu Datuk Dr. Hj Baba Bin Hj Mad Deni, Guru Besar SK Pernu, Tn. Hj Ibrahim Bin Moktar, penceramah jemputan En. Azmal Bin Omar, para guru serta semua murid tahun enam yang diiringi oleh ibubapa dan penjaga masing-masing.
Antara objektif program ini dilancarkan bertujuan memberikan suntikan dan semangat kepada semua murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Selain itu, mereka juga didedahkan bagaimana cara membahagikan masa, cara berkomunikasi dengan ibubapa dan guru, cara pembelajaran yang betul serta cara untuk memotivasikan diri bagi mencapai target dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
Diakhir program, semua murid tahun enam telah diagihkan kepada guru-guru SK Pernu sebagai anak angkat dimana ia bertujuan untuk guru tersebut memberikan fokus serta bimbingan khusus serta peluang untuk murid berkomunikasi dan mendapat bimbingan yang lebih rapat bersama "ibubapa" mereka di sekolah ini.



Simbolik Guru Besar dan GPK Kokurikulum bersama anak angkat masing-masing

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers