Saturday, December 31, 2011

Pendaftaran Murid Sesi 2012



Hari ini 31 Disember 2011 adalah merupakan hari Pendaftaran Murid SK Pernu untuk sesi 2012. Selamat datang diucapkan kepada para ibubapa seterusnya bakal murid yang akan menjalani sesi persekolahan mereka di SK Pernu.

Friday, November 11, 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011

Untuk perhatian kepada semua warga SK Pernu terutamanya murid-murid tahun 6

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya


SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG SK PERNU

Tuesday, August 23, 2011

Permohonan Tingkatan (1) Berasrama Penuh 2012

Permohonan ke asrama penuh bagi tahun 2012 akan dibuka pada 1 September hingga 15 Oktober 2011.

TERBUKA KEPADA SEMUA MURID TAHUN ENAM 2011

PERMOHONAN SECARA ONLINE:



Sila Baca Brosur ini:



















Tuesday, August 9, 2011

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2011


Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 54 pada tahun ini, pihak SK Pernu telah melancarkan program Bulan Kemerdekaan Tahun 2011 yang bermula dari 1 Ogos hingga 16 September. Majlis anjuran bersama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Guru Pelatih IPG KPM ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh guru besar SK Pernu, Tn. Haji Ibrahim Bin Moktar.

Pelbagai aktiviti telah dirancangkan sepanjang bulan kemerdekaan ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara serta menjadikan mereka warganegara yang bersatu padu, boleh menyumbang kesejahteraan kepada masyarakat, agama dan bangsa.

Sunday, July 31, 2011

SK PERNU JOHAN KUIZ UNIT KANAK-KANAK BULAN SABIT MERAH MELAKA

SK Pernu telah menghantar 3 orang murid untuk meyertai Kuiz Unit Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah Melaka:
Hari :Sabtu 
Tarikh: 23 Julai 2011
Tempat: SK datuk Palembang Melaka

Mereka ialah:
  1. Muhammad Azim bin Razali
  2. Siti Nur Zawani bt Zol
  3. Nur Khayrin bt Nordin
Keputusan Kuiz tersebut Sk Pernu telah mendapat::
  • Johan Kumpulan Peringkat Saringan
  • Johan Negeri Melaka Peringkat Akhir.
  • Nur Khayrin bin Nordin telah dipilih sebagai Peserta Terbaik. 


Tahniah Diucapkan

    Pelancaran Progam Ihya Ramadan 2011 / 1432h

    Pada Hari Jumaat 29 Julai 2011, Guru Besar Tuan Hj Ibrahim bin Moktar telah melancarkan Program Ihya Ramadan bagi tahun  2011.






     SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN

    Monday, July 18, 2011

    TRY THE BEST!!

    Selamat berjaya diucapkan kepada semua murid tahun 6 SK Pernu yang akan menjalani Peperiksaan Percubaan UPSR 2011 yang akan bermula esok 19 Julai sehingga 21 Julai nanti. Semoga ramai pelajar yang akan mendapat keputusan 5A, Insyaallah.

    Tuesday, July 12, 2011

    Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah

    PADA HARI ISNIN 27 JUN 2011 BERSAMAAN 25 REJAB 1432 H.
    Panitia Agama Islam SK Pernu telah menganjurkan 
    SAMBUTAN ISRA' DAN MIKRAJ
    bertempat di dataran sejat SKP
    Penceramah Jemputan:
    AL-FADILL USTAZ AB SATTAR BIN AHMAD


    Semoga Kita Mendapat Mengambil Pengajaran dari Tazkirah ini. Amin..

    Monday, July 4, 2011

    LARIAN 1M 1S 1M









    Tahniah diucapkan kepada semua warga SK Pernu, murid-murid dan seterusnya para ibu bapa dan penjaga yang hadir pada Sabtu lepas bagi menyertai program Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Datuk Dr. Hj. Baba Bin Md Deni yang sudi meluangkan masa melepaskan para peserta larian sambil diiringi YDP PIBG SK Pernu dan juga Guru Besar SK Pernu.


    Friday, July 1, 2011

    LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA




    Pada 2 Julai 2011 (Sabtu) ini semua sekolah di seluruh negara akan terlibat dalam Program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Program yang bermula serentak di seluruh negara pada pukul 7.45 pagi itu akan tercatat dalam The Malaysia Book of Record.



    Jadi, ayuh kepada semua warga SK Pernu. Turunlah beramai-ramai. Pamerkan semangat, perpaduan dan komitmen anda kepada seluruh rakyat Malaysia. Program yang akan berlangsung esok ini akan dilepaskan oleh YB Datuk Dr. Haji Baba Bin Md Deni dan diiringi oleh Guru Besar SK Pernu Tn. Haji Ibrahim Bin Moktar.



    Monday, June 27, 2011

    Tahniah ! kepada Adik Muhammad Hazil Murid Pend. Khas

    Tahniah ! diucapkan kepada Adik Muhammad Hazil Daniel bin Md Rapi kerana telah mendapat JOHAN dalam PERMAINAN FUTSAL kategori bawah 12 tahun sempena " Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2011" yang diadakan pada 21-23 Jun 2011 di Komplek Sukan Batu Berendam Melaka.

    HARI TERBUKA SK PERNU


    Pada 24 Jun yang lalu, satu perjumpaan Ibu Bapa Murid Target telah diadakan di makmal komputer sempena dengan Hari Terbuka SK Pernu. Perjumpaan ini termasuk didalam Program Kecemerlangan UPSR yang dirancang pihak SK Pernu dengan harapan agar ia dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan dan penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran khususnya mata pelajaran peperiksaan. Pihak sekolah juga berharap dapat menyediakan calon target seramai 18 orang ini dan calon-calon UPSR yang lain agar lebih berkeyakinan, tenang dan dapat menjawab soalan-soalan ujian tersebut dengan betul dan tepat.

    Selepas ucapan alu-aluan daripada guru besar, para ibu bapa diberikan taklimat dan seterusnya diberikan peluang untuk berdialog kepada para guru secara terbuka bagi membincangkan perkara berkaitan dengan calon-calon UPSR ini. Selepas pertemuan bersama dengan guru kelas masing-masing, ibu bapa menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid dan seterusnya bersurai.

    Tuesday, June 21, 2011

    Latihan Hari Sukan 2011 Telah bermula.

    Pada Hari Isnin bersamaan 20 jun 2011 ,4.00 petang  hingga 6.00 petang Muri-murid SK Pernu giat menjalankan latihan untuk hari sukan sekolah. Latihan yang dijalankan ialah:
    1. Acara Lompat Tinggi
    2. Acara Lompat Jauh
    3. Araca Lempar Cakera
    4. Acara Larian.
    5. Acara Tarik Tali.
    Saksikan sedutan video latihan mereka

    Thursday, May 26, 2011

    Panduan Mengisi Markah di QNet

    Langkah-langkah Pengisisan QNet untuk SEMUA GURU.

    1.  Layari laman sesawang JPN Melaka.atau link KLIK QNet Blog ini.
    2. Jika Paparan 1 dipamerkan ikutlah langkah dari paparan 1 hingga  Paparan 11.
    3. Jika Paparan 4 dipamaerkan ikutilah paparan 4 hingga 11.
     
     Paparan 1


          Paparan 2
     

    Paparan 3


     Paparan 4


     Paparan 5


    Paparan 6

    Paparan 7


    Paparan 8


     Paparan 9


    Paparan 10


     Paparan 11

     Selamat mengisi Markah.
    Guru Qnet: Pn Fauziah bte Esa.
    Panduan Disediakan Oleh : En. Hilman bin Kamarudin.(GPB)

    Tuesday, May 24, 2011

    PEPERIKSAAN PENGGAL


    SELAMAT BERJAYA KEPADA SEMUA MURID-MURID SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU YANG SEDANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN YANG BERMULA DARIPADA 23 MEI 2011 HINGGA 26 MEI 2011 INI.

    Wednesday, May 11, 2011

    WAKIL SEKOLAH DI ZON AYER KEROH

    Tahniah kepada 4 orang pelajar SK Pernu yang telah dipilih mewakili zon Ayer Keroh yang mana telah pun berjaya menjadi johan di Kejohanan Bola Baling Perempuan Bawah 12 MSSSM. Pelajar tersebut adalah (dari kiri) Nur Fatin Afiqah Binti A. Razalee, Nurul Izzati Binti Selamat, Nurul Ain Shahirah Binti Jalani dan Nur Izzati Binti Zainudin. Semoga mereka akan cemerlang dan terus berjaya di peringkat negeri nanti.

    Thursday, May 5, 2011

    UJIANTARA RUMAH SUKAN

    Ujiantara rumah sukan 2011 telah diadakan pada minggu ini dan berlangsung selama 3 hari. Pelajar tahap dua dibahagikan kepada lima acara iaitu Lari Pecut 100 meter, Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Lontar Peluru dan Lempar Cakera manakala untuk pelajar tahap satu, hanya satu acara iaitu Lari Pecut 50 meter.


    (Tahap Dua)


    (Tahap 1)



    PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN KESIHATAN

    Pada minggu yang lepas, satu program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Kesihatan telah diadakan di SK Pernu ini. Majlis anjuran bersama Unit PPDa, Unit Bimbingan Dan Kaunseling & Unit Kesihatan, Aedes dan Pergigian. Program selama seminggu ini telah dirasmikan oleh En. Low Chee Cheong, Penolong Pengarah Unit PPDa JPN Melaka pada 25 April 2011 diwaktu perhimpunan mingguan sekolah.


    En. Low Chee Cheong ketika ucapan perasmian




    Antara program yang dijalankan pada minggu tersebut adalah ceramah dan pameran berkaitan dengan najis dadah yang telah disampaikan oleh Pegawai dari IPD Melaka Tengah Unit Hal Ehwal Awam. Pegawai tersebut memberikan sedikit gambaran dan penerangan mengenai betapa bahayanya najis dadah dan telah menarik minat para pelajar untuk mengetahui akibat dan kesan bagi penyalahgunaan dadah tersebut.



    Selain itu, satu pemeriksaan kesihatan juga telah diadakan pada minggu tersebut dimana semua murid diberi peluang memeriksa tahap kesihatan asas seperti tekanan darah, jantung, ketinggian, suntikan yang diterima, penglihatan dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada beberapa pegawai kesihatan yang didatangkan khas dari Klinik Kesihatan Bukit Baru yang sudi meluangkan masa beberapa hari di SK Pernu untuk menjayakan program kesihatan tersebut.



    Sekalung Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada unit PPDa SK Pernu dibawah naungan Pn. Faridah Hanim dan ahli jawatankuasa yang terlibat kerana telah menjalankan program selama seminggu tersebut dengan jayanya.

    MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-36


    Satu Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan di Kantin SK Pernu pada 23 April yang lepas. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Latiff Bin Datuk Tamby Chik, ADUN Kawasan Telok Mas dan diiringi dengan kehadiran YDP PIBG Y. Bhg Datuk Dr. Hj. Baba Bin Md. Deni, Guru Besar SK Pernu Tn. Hj. Ibrahim Bin Moktar, Guru SK Pernu serta para ibubapa pelajar di SK Pernu ini.
    Antara agenda mesyuarat kali ini adalah membentang dan menerima penyata laporan aktiviti PIBG sesi 2009/2010, membentangkan penyata kira-kira tahun berakhir 2010, pembubaran ahli jawatankuasa yang lama, perlantikan pengerusi sementara, serta perlantikan ahli jawatankuasa yang baru sesi 2010/2011. Selain itu, mesyuarat juga menerima beberapa cadangan dan usul dari beberapa ahli yang hadir bagi menyelesaikan masalah berbangkit.

    Monday, April 4, 2011

    KEJOHANAN BOLA BALING

    TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!... Begitulah ungkapan yang harus diberikan kepada para pemain dan jurulatih Pasukan Bola Baling Perempuan SK Pernu diatas kejayaan pasukan tersebut menjadi johan dalam Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Sekolah Negeri Melaka Kawasan Ayer Keroh Tahun 2011 yang telah diadakan di padang SMK Padang Temu pada 30 Mac 2011 yang lalu. Semoga pasukan ini akan terus berjaya di peringkat negeri dan seterusnya akan berjaya dimasa akan datang.

    Monday, March 28, 2011

    TAHNIAH KEPADA PERSERTA MTQ 2011

    Murid Sekolah Kebangsaan Pernu telah meyertai Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat kawasan Ayer Keroh yang di adakan di Sekolah Kebangsaan Tambak Paya pada Hari Khamis 24 Mac 2011. Sekolah Pernu telah mendapat tempat:
    1. Kedua: Bercerita Perempuan : Adik Siti Aisyah bt Ab Sattar..
    2. Saguhati : Bercerita Lelaki: Adik Shareez Ezzuan bin Shaari.
    3. Saguhati : Tilawah Al-Quran Lelaki : Adik Muhammad Luqman Al-Hakim bin Ab Sattar
    4. Saguhati : Tilawah Al-Quran Perempuan : Adik Aida Madiha bt Md Sham. 
    Tahniah diucapakan kepada yang berjaya dan usaha lagi kepada yang kurang berjaya.




    Dari kiri ( Aida Madiha, Siti Aisyah, Muhammad Luqman dan Shazreen Ezzuan )

    Tuesday, March 8, 2011

    BOLA SEPAK BAWAH 12TAHUN ZON AIR KEROH



    Pada minggu lepas,pasukan Bola Sepak SK Pernu telah terlibat dengan Pertandingan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Peringkat Zon Air Keroh. Pertandingan telah diwakili oleh beberapa buah sekolah dalam zon Air Keroh yang mana ianya telah dipertandingkan di padang bola sepak SK Pernu. Namun begitu, pasukan bola SK Pernu telah gagal dalam persaingan liga apabila hanya menang sekali dan kalah tiga kali kepada pihak lawan. Berikut adalah keputusan penuh perlawanan yang melibatkan pasukan bola SK Pernu ;


    • SK PERNU mn SK PADANG TEMU = 3-1

    • SK PERNU kk SKA(JAIM) PERNU = 0-3

    • SK PERNU kk SK PAYA DALAM = 0-6

    • SK PERNU kk SK AYER MOLEK = 0-3

    Walaubagaimanapun, sekalung tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk pengurus pasukan, jurulatih, guru pembimbing dan seterusnya para pemain yang telah bermain bersungguh-sungguh.

    Monday, February 21, 2011

    SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


    Pada hari Jumaat yang lepas, satu majlis telah diadakan di Dataran Sejat Sekolah Kebangsaan Pernu sempena dengan Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin dan seterusnya ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Riduan Bin Salleh. Setelah selesai mendengar ceramah, majlis diteruskan dengan perarakan para pelajar dan guru sambil berselawat dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Suhaimi Bin Md. Yusuf. Selesai bacaan doa, para murid dan guru bersurai dan diberi jamuan ringkas.





    "Barangsiapa mengumpulkan orang-orang Islam untuk menyambut maulid Nabi S.A.W. dengan membaca maulid itu dan mengadakan syarahan-syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama dengan wali-wali, orang yang mati syahid dan orang-orang soleh dan ia akan berada dalam Syurga yang penuh nikmat."


    -Riwayat Imam Syafi'i R.A.-

    Thursday, February 10, 2011

    KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

    Pada 7 Februari 2011 yang lepas, satu lagi Kejohanan Merentas Desa telah diadakan di SK Pernu. Kejohanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 31 Januari ini terpaksa ditangguhkan oleh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, kejohanan tersebut akhirnya telah dilangsungkan dengan jayanya oleh pihak-pihak yang terlibat.
    Kejohanan Merentas Desa kali ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kelas A; Tahun 5&6, Kelas B; Tahun 3&4 dan Kelas C; Tahun 1&2 yang mana setiap murid yang berjaya menamatkan larian akan menyumbangkan mata tertentu bagi pasukan rumah masing-masing. Kejohanan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pernu iaitu Tn. Hj. Ibrahim Bin Moktar dan seterusnya melepaskan para pelajar mengikut kategori. Trek kali ini terbahagi kepada dua iaitu 1 kilometer untuk pelajar tahap 1 dan 2.3 kilometer untuk pelajar tahap 2.
    Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Guru-guru SK Pernu, Kakitangan SK Pernu, Ibubapa, Penduduk Kampung Pernu, Balai Polis Kandang dan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan kejohanan kali ini. Berikut dipaparkan keputusan markah keseluruhan bagi setiap rumah sukan ;



    • TEMPAT PERTAMA : Rumah Biru = 1750 Markah

    • TEMPAT KEDUA : Rumah Merah = 1725 Markah

    • TEMPAT KETIGA : Rumah Kuning = 1635 Markah

    • TEMPAT KEEMPAT : Rumah Hijau = 1175 Markah





    Monday, January 31, 2011

    PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT 2011

    Pada hari sabtu 29 Januari yang lalu, satu program Kecemerlangan UPSR dan Majlis Penyerahan Anak Angkat 2011 telah diadakan di kantin SK Pernu. Majlis telah dihadiri YDP PIBG SK Pernu iaitu Datuk Dr. Hj Baba Bin Hj Mad Deni, Guru Besar SK Pernu, Tn. Hj Ibrahim Bin Moktar, penceramah jemputan En. Azmal Bin Omar, para guru serta semua murid tahun enam yang diiringi oleh ibubapa dan penjaga masing-masing.
    Antara objektif program ini dilancarkan bertujuan memberikan suntikan dan semangat kepada semua murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Selain itu, mereka juga didedahkan bagaimana cara membahagikan masa, cara berkomunikasi dengan ibubapa dan guru, cara pembelajaran yang betul serta cara untuk memotivasikan diri bagi mencapai target dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
    Diakhir program, semua murid tahun enam telah diagihkan kepada guru-guru SK Pernu sebagai anak angkat dimana ia bertujuan untuk guru tersebut memberikan fokus serta bimbingan khusus serta peluang untuk murid berkomunikasi dan mendapat bimbingan yang lebih rapat bersama "ibubapa" mereka di sekolah ini.



    Simbolik Guru Besar dan GPK Kokurikulum bersama anak angkat masing-masing
     

    Blogger news

    Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

    Followers