

Antara program yang dijalankan pada minggu tersebut adalah ceramah dan pameran berkaitan dengan najis dadah yang telah disampaikan oleh Pegawai dari IPD Melaka Tengah Unit Hal Ehwal Awam. Pegawai tersebut memberikan sedikit gambaran dan penerangan mengenai betapa bahayanya najis dadah dan telah menarik minat para pelajar untuk mengetahui akibat dan kesan bagi penyalahgunaan dadah tersebut.

Selain itu, satu pemeriksaan kesihatan juga telah diadakan pada minggu tersebut dimana semua murid diberi peluang memeriksa tahap kesihatan asas seperti tekanan darah, jantung, ketinggian, suntikan yang diterima, penglihatan dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada beberapa pegawai kesihatan yang didatangkan khas dari Klinik Kesihatan Bukit Baru yang sudi meluangkan masa beberapa hari di SK Pernu untuk menjayakan program kesihatan tersebut.
Sekalung Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada unit PPDa SK Pernu dibawah naungan Pn. Faridah Hanim dan ahli jawatankuasa yang terlibat kerana telah menjalankan program selama seminggu tersebut dengan jayanya.
0 comments:
Post a Comment