Thursday, November 20, 2014

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA KESEDARAN DENGGI (20/11/2014)




Tanggal 19 November 2014, Sekolah Kebangsaan Pernu buat julung kalinya telah mengadakan satu majlis graduasi bagi meraikan kesemua pelajar tahun enam yang bakal meninggalkan SK Pernu pada tahun hadapan. Majlis anjuran guru-guru tahun enam ini bertujuan untuk memupuk semangat kepada semua murid tahun enam supaya mereka lebih gigih berusaha di masa-masa mendatang. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan memberikan pendedahan kepada murid tentang bagaimana sesuatu majlis Graduasi atau Konvokesyen sebenar seperti yang diadakan di peringkat pengajian tinggi. Majlis yang pada mulanya dirancang akan dirasmikan oleh Guru Besar SK Pernu tetapi akibat beberapa kekangan masalah yang tidak dapat dielakkan, ianya tetap meriah dan dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan HEM iaitu En. Hashim Bin Abdul Rahman.






Monday, September 8, 2014

SELAMAT BERJUANG DAN SEMOGA BERJAYA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA 56 ORANG MURID TAHUN ENAM SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU YANG AKAN MULA MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR PADA 9/9/2014 SEHINGGA 11/9/2014. SELURUH WARGA SK PERNU MENDOAKAN AGAR SEMUA MURID TERSEBUT AKAN MENDAPATKAN KEPUTUSAN CEMERLANG 5A. IN SYA ALLAH...

Tuesday, July 15, 2014

BERSAMA IMAM SHARIF IMRANI AL-HAFIZ

Sempena bulan dakwah & ihya' ramadhan yang telah dilancarkan, seluruh warga SK Pernu  telah berpeluang untuk menunaikan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat yang telah diimamkan oleh seorang imam ternama dari Masjid Ab' Ad Makkah iaitu Imam Sharif Imrani Al Hafiz. Majlis yang telah berlangsung pada 14 Julai 2014 ini dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Tazkirah Ramadhan yang telah dipimpin oleh Cikgu Abd Sattar Bin Ahmad. Sejurus ketibaan tuan imam, majlis diteruskan dengan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat. Selesai bacaan doa, sedikit tazkirah ringkas telah disampaikan oleh tuan imam dan kemudian majlis bersurai.




Wednesday, July 9, 2014

PROGRAM SEMPENA RAMADHAN 2014

Sempena bulan ramadhan tahun ini, satu Majlis Pelancaran Bulan Dakwah, Program Ihya' dan Bulan Panitia Agama Islam telah dilancarkan pada 4 Julai 2014 yang lalu. Antara intipati program adalah seperti "Kempen Jom Jaga Aurat", "Jom Bersedekah" dan juga "Jom Beri Salam". Terdapat juga pelbagai lagi program sampingan yang lain juga berterusan diadakan sempena bulan yang mulia ini antaranya Tadarus Al-Quran dan juga Solat Hajat.


HARI TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU

Hari terbuka SK Pernu telah diadakan pada 3 Julai 2014 yang lalu..Ibu bapa telah dijemput hadir ke sekolah untuk berbicara bersama dengan guru kelas berkaitan dengan pelajaran anak masing-masing. Agenda yang bermula jam 9pagi dimulakan dengan taklimat kepada ibu bapa murid tahun 6 dan juga pemberian id Frog Vle kepada ibu bapa semua murid SK Pernu. Ibu bapa juga diberikan sedikit pendedahan mengenai apa itu Frog Vle 1Bestarinet.




SUKAN TAHUNAN SK PERNU KALI KE-40

Pada tanggal 26 Jun 2014 yang lalu, satu kejohanan sukan tahunan kali ke-40 telah dijalankan di padang SK Pernu. Majlis telah dirasmikan oleh En. Akramudin Bin Abdul Aziz yang mewakili Yang Berhormat Datuk Wira Latiff Bin Hj. Tamby Chik ini telah berjalan lancar dan berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada pasukan Rumah Biru kerana telah menjadi juara keseluruhan rumah sukan pada tahun ini.










Tuesday, June 24, 2014

PEMANTAUAN NBOS SIRI 1 2014


Pada 23/06/2014,satu pemantauan berkaitan Perlaksanaan Rintis Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) - Pemantapan Profesion Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2014 telah diadakan di Makmal Komputer SK Pernu. Pasukan pemantau telah diwakili oleh dua orang pegawai iaitu Tn. Hj. Khalid Bin Ahmad dari BTPN Melaka dan Tn. Mohd Nasaruddin Bin Harun dari JPM. Alhamdulillah, pemantauan siri pertama ini berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada para guru yang terlibat dalam sesi soal selidik dan temubual kerana sudi memberikan kerjasama bagi menjayakan proses pemantauan ini.

Thursday, May 15, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2014

"GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"


 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers