Thursday, November 18, 2010

10 pelajar SK Pernu berjaya mendapat 5A

Tahniah kepada semua pelajar tahun 6 yang telah mendapat keputusan UPSR baru-baru ini. Walaupun keputusan tidak sebaik tahun lalu,sekolah masih berjaya mengekalkan jumlah 2 angka untuk pelajar yang berjaya mendapat 5A.

pelajar yang mendapat 5A


  1. Muhammad Hairi Bin Padzil

  2. Muhammad Luqman Nur Hakim Bin A.Idrus

  3. Muhammad Nazhan Syakir Bin Lokman

  4. Muhammad Zulhilmi Bin Kamal Azian

  5. Adlina Hannani Binti Ahmad Sukri

  6. Nur Syazwani Binti Rosli

  7. Nur Aini Syafiqah Binti Safari

  8. Nurul Sabrina Binti Noor Azreen

  9. Nurul Munirah Binti Shamsudin

  10. Wan Fatini Atiqah Binti Wan Arit
Tahniah diucapkan dan selamat menempuh dunia baru kepada semua pelajar yang tahun 6 yang akan meninggalkan SK Pernu.

Thursday, September 30, 2010

Kempen Keselamatan Jalan Raya SK Pernu




Pada hari Selasa 28 September 2010 telah diadakan kempen kesedaran jalan raya untuk pelajar tahun 3 4 dan 5.Kempen ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar SK Pernu cara-cara selamat ketika menggunakan jalan raya.Para pekerja sekolah jugak di ajar cara yang betul melintaskan pelajar sekolah.Ceramah diberi oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya(JKJR) dan Jabatan Kesihatan.

Thursday, September 2, 2010

Majlis Bacaan Yassin Dan Solat Hajat UPSR 2010 Dan Sumbangan Derma Anak Yatim

Pada 28 Ogos 2010, bertempat di Kantin Sekolah Kebangsaan Pernu,diadakan Majis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR 2010 serta sumbangan anak yatim.


Kehadiran Jemputan serta pendaftaran


Bacaan Yassin


Solat Hajat


Ucapan dari Tetamu Jemputan


Sumbangan Kepada Anak Yatim


Sumbangan kepada murid yang cemerlang dalam percubaan UPSR 2010


Cenderemata kepada tetamu jemputan.

Thursday, August 26, 2010

Jemputan Menghadiri Bacaan Yasin Dan Solat Hajat Serta Penyampaian Sumbangan Anak Yatim

Sukacita dimaklumkan bahawa Malis diatas akan diadakan pada hari Sabtu 28 Ogos 2010 jam 8.00 pagi bertempat di Kantin Sekolah SK Pernu.Pihak sekolah menjemput ibubapa pelajar dan masyarakat setempat menghadiri majlis ini.Sekian terima kasih

Tuesday, August 17, 2010

Makluman Penangguhan Aktiviti Kokurikulum

Adalah dengan hormatnya perkara dia atas dirujuk.Ativiti kokurikulum bagi semua murid akan ditangguhkan bermula 9 OGOS 2010 sehingga 13 SEPTEMBER 2010.Aktiviti Kokurikulum ditangguhkan sempena menyambut bulan Ramadhan dan Syawal.Sekian Wassalam.

Selamat berpuasa kepada semua warga SK Pernu..

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Kebangsaan Pernu 2010

Pada 6 7 dan 8 Ogos 2010 yang lalu,Sekolah Kebangsaan Pernu telah mengadakan program perkhemahan badan beruniform.Peserta terdiri dari pelajar pelajar darjah 4 5 dan 6.Seramai lebih kurang 100 peserta telah menyertai perkhemahan kali ini.

Pendaftaran Peserta dan Perasmian



Minum Petang


Persiapan Tempat

Ice Breaking

Senaman Pagi

Aktiviti Kumpulan

Malam kebudayaan

Majlis penutup





Pasukan Terbaik Keseluruhan : KUMPULAN 6
Pasukan Terbaik Malam Kebudayaan : KUMPULAN 6
Pasukan Terbaik Latihan Dalam Kumpulan : KUMPULAN 2
Peserta Terbaik Lelaki : MUHD NAZHAN SHAKIR BIN LUKMAN
Peserta Terbaik Perempuan : Nur Aini Bt Sham

Tahniah kepada pemenang pemenang.Juga kepada peserta peserta lain.Semoga ilmu yang diajar semasa berada di dalam perkhemahan dapat digunakan.

Tuesday, August 3, 2010

PBSM SK Pernu Naib Johan Kuiz Peringkat Negeri


Tahniah diucapkan kepada adik Luqman hakimi, Adik Muhammad Amirul Zuhaidi dan Adik Nurul Munirah kerana telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan kuiz PBSM peringkat Negeri Melaka baru-baru ini sekali gus mengharumkan nama Sek Keb Pernu.

Wednesday, July 28, 2010

Lawatan kerja Bangkok Thonburi University Yasotorn ke SK Pernu

Pada 27hb July yang lalu,sekolah kebangsaan pernu telah dilawati oleh rombongan dari Universiti Thonburi,Bangkok.Mereka tiba pada jam 12 tengahari.ketibaan rombongan disambut oleh guru besar SK Pernu guru-guru selain dihidangkan dengan persembahan murid-murid.




Rombongan melawat kelas pendidikan khas.


Kemudian mereka dibawa melawat bilikPPDa.


Ketika berada di bilik pemulihan.


Selepas itu perpustakaan pula dilawati.

Taklimat berkaitan Sekolah dan Q-net.


Letih berjalan,tiba masa makan.

Rombongan berangkat pulang pada pukul 2 petang. Pengalaman berharga dapat dikongsi bersama walaupun mempunyai masalah komunikasi.semoga berjumpa lagi.sekian

Tuesday, July 13, 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) Kali Ke 2 SK PERNU


Pada 10 Julai yang lepas, guru SK Pernu telah menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP) kali ke dua.Latihan dimulakan oleh Guru Penyelaras Bestari, En. Hilman Bin Kamaluddin.Beliau menerangkan cara-cara pemantapan penggunaan ICT dalam pembelajaran.Selepas rehat guru-guru didedahkan dengan penggunaan lcd yang terdapat di bilik darjah oleh beberapa Fasilitator Schoolnet dan Juruteknik Sekolah SK Pernu .Diharap guru-guru dapat menggunakan kemudahan ICT dengan lebih kerap lagi.

Budaya Membaca

Tema minggu ini adalah budaya membaca.Adik-adik boleh melihat animasi ini bagi mengetahui kebaikan budaya membaca.





Friday, July 9, 2010

Tatacara Berpakaian Semasa Menghadiri Kelas Tambahan



Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah merangka program kelas tambahan untuk meningkatkan pencapaian akademik.Namun begitu,terdapat segelintir pelajar yang menghadiri kelas tersebut tidak memakai pakaian sekolah.
Sehubungan itu pihak sekolah telah memutuskan semua pelajar diwajibkan memakai pakaian sukan sekolah dan berkasut sewaktu menghadiri kelas tambahan pihak sekolah juga memohon kerjasama ibubapa untuk memastikan arahan ini dipatuhi.Gambar di sebelah adalah contoh pakaian yang diwajibkan.

Monday, June 7, 2010

Cuti Sekolah Bermula


Cuti sekolah telah bermula sejak 5 Jun 2010 dan akan berakhir pada 20 Jun 2010. Murid - murid diingatkan agar menjaga keselamatan diri dan pastikan kerja sekolah yang diberi oleh guru disiapkan.



kepada guru guru juga sila jaga keselamatan anda semasa musim cuti persekolahan ini.



SELAMAT BERCUTI KEPADA MURID MURID SK PERNU

Friday, June 4, 2010

Ceramah keremajaan pelajar tahap 2 SK Pernu

Pagi 4 Jun 2010 telah diadakan ceramah berkaitan remaja yang disampaikan oleh Cikgu Nazri selaku guru kauseling dan Ustaz Suhaimi bagi murid lelaki dan Cikgu Rosnaini danUstazah Siti Hajar bagi murid perempuan.Ceramah bertajuk syariat berkaitan remaja.Mereka didedahkan dengan kehidupan awal remaja,perubahan perubahan diri yang berlaku dan tanggungjawab yang bakal dipikul.

Wednesday, June 2, 2010

SK Pernu dilanda ribut




Hari ini,warga Sek Keb Pernu dikejutkan lagi dengan kemusnahan dan kerosakan yang berlaku akibat dari ribut yang melanda kawasan Pernu awal pagi tadi.Banyak harta sekolah yang rosak antaranya bilik darjah yang menempatkan murid tahun 2.Tindakan telah diambil oleh pihak pengurusan dengan memaklumkan perkara ini ke Pejabat Daerah Melaka Tengah dan proses pembaikan akan dilakukan secepat mungkin.Diharap warga SK Pernu dapat bersabar dengan dugaan ini dan kita patut bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa.Sekian.

Tuesday, June 1, 2010

Cara-cara scan virus pendrive anda

Untuk mengelakkan kemasukkan virus serta keselamatan dan perlindungan komputer-komputer, setiap pendrive yang digunakan perlulah discan terlebih dahulu sebelum diteruskan penggunaannya.

Berikut adalah langkah-langkah untuk scan virus pendrive anda :

1. Mula-mula cancel segala autoplay ataupun windows pendrive yang terpapar. Klik MY COMPUTER pada menu START



2. Klik Right Click (klik kanan pada tetikus) pada ikon pendrive dan klik SCAN FOR VIRUSES ataupun apa - apa antivirus yang di install di dalam komputer
tersebut. ( Bagi semua komputer di SKK, SKK menggunakan antivirus Kapersky



3. Proses untuk scan virus akan bermula.



4. Tunggu sehingga ia selesai dan klik CLOSE. Sekiranya report menyatakan terdapat virus di dalam pendrive anda , sila ikut arahan yang dipaparkan oleh antivirus tersebut.



Terima kasih atas kerjasama anda.

Monday, May 10, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Ke 35 dan Hari Q

Terima kasih kepada semua ibubapa dan para guru yang menjayakan mesyuarat ini.Dan tahniah diucapkan kepada murid murid dan guru yang mendapat penghargaan di atas kecemerlangan mereka.Coretan dibawah mengambarkan perjalanan semasa hari berikut.


 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers