
Kejohanan Merentas Desa kali ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kelas A; Tahun 5&6, Kelas B; Tahun 3&4 dan Kelas C; Tahun 1&2 yang mana setiap murid yang berjaya menamatkan larian akan menyumbangkan mata tertentu bagi pasukan rumah masing-masing. Kejohanan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pernu iaitu Tn. Hj. Ibrahim Bin Moktar dan seterusnya melepaskan para pelajar mengikut kategori. Trek kali ini terbahagi kepada dua iaitu 1 kilometer untuk pelajar tahap 1 dan 2.3 kilometer untuk pelajar tahap 2.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Guru-guru SK Pernu, Kakitangan SK Pernu, Ibubapa, Penduduk Kampung Pernu, Balai Polis Kandang dan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan kejohanan kali ini. Berikut dipaparkan keputusan markah keseluruhan bagi setiap rumah sukan ;
- TEMPAT PERTAMA : Rumah Biru = 1750 Markah
- TEMPAT KEDUA : Rumah Merah = 1725 Markah
- TEMPAT KETIGA : Rumah Kuning = 1635 Markah
- TEMPAT KEEMPAT : Rumah Hijau = 1175 Markah
0 comments:
Post a Comment