Monday, December 31, 2012
Sunday, December 30, 2012
TERIMA KASIH CIKGU
Monday, September 10, 2012
Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012
Thursday, September 6, 2012
Semoga Berjaya ~ UPSR 2012
Doa + Usaha + Istiqamah + Tawakal = Allah tentukan..(^_^)
Friday, July 6, 2012
PROGRAM SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Tarikh : 10 Julai 2012
Hari : Selasa
Masa : 8 pagi
Tempat : Padang SK Pernu
Peserta : Semua murid SKPernu
Semua murid dikehendaki memakai pakaian rumah sukan masing- masing.
Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan setelah tamat aktiviti ini.
Jangan lupa membawa buku mengikut jadual harian.
SELAMAT BERSENAM.
Monday, July 2, 2012
Sukan Tahunan 2012
Johan : Rumah Kuning
Naib Johan : Rumah Merah
Ketiga : Rumah Biru
Keempat : Rumah Hijau
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERJAYA
HARI TERBUKA SEKOLAH BERJALAN LANCAR
SK Pernu mengucapkan Terima Kasih Kepada semua yang hadir.
Friday, May 18, 2012
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
TARIKH: 22 MEI HINGGA 25 MEI 2012
HARI : SELASA HINGGA JUMAAT
SURAT RASMI TELAH DIEDARKAN KEPADA MURID-MURID UNTUK DISERAHKAN KEPADA IBU BAPA DAN PENJAGA
Tuesday, May 15, 2012
SELAMAT HARI GURU 2012
OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta
Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan
ulang c/o x2
Rujukan:
PORTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
"http://www.moe.gov.my"
Wednesday, April 25, 2012
Jasanya tetap dikenang...
7.00 malam
Bilik j-QAF SK Pernu
MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR BERJALAN LANCAR
Friday, March 30, 2012
MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT TAHUN 2012 BERJALAN LANCAR
Thursday, March 29, 2012
MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT TAHUN 2012 KALI PERTAMA
"TN. HJ. YAAKUB B HJ. AHMAD (IMAM 1)
Monday, March 26, 2012
SKALA GRED SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)
Markah Gred
80 -100 A
60 -79 B
40 -59 C
20 -39 D
1 -19 E
0 -0 TH
Friday, February 24, 2012
AHLAN WASAHLAN
Alhamdulillah wassolatu wassalamu 'ala rasulillah wa'ala alihi wasohbihi ajmain..
UJIAN PENGESANAN KALI 1 2012
28/2/2012 HINGGA 1/3/2012
HARI:
SELASA HINGGA KHAMIS
KELAS PEPERIKSAAN:
TAHUN 3 HINGGA TAHUN 6
Mesyuarat PIBG Tahun 2012
- AJK PIBG SK PERNU
- SEMUA IBU BAPA / PENJAGA MURID SK PERNU
- GURU-GURU SK PERNU
TARIKH : 25 FEBUARI 2012
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH
SURAT JEMPUATAN RASMI TELAH DIEDARKAN KEPADA MURID- MURID SK PERNU
"DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK KEJAYAAN DAN KEMAJUAN SK PERNU "
Thursday, February 23, 2012
Wednesday, February 22, 2012
Tuesday, February 21, 2012
PROGAM MOTIVASI TAHUN 6 DAN MAJLIS PENYERAHAN ANAK ANGKAT 2012
Monday, February 20, 2012
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012 MERIAH
Thursday, February 9, 2012
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
TARIKH : 10 FEB 2012
HARI : JUMAAT
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH
ACARA MAJLIS:
- MURID BERKUMPUL , BERSELAWAT DAN BERARAK DI PADANG SEKOLAH
- BERKUMPUL DI KANTIN
- BACAAN DOA.
- CERAMAH MAULID
- BERZANJI DAN MARHABAN
- JAMUAN
" MARILAH BERSAMA-SAMA KITA BERSELAWAT KE ATAS JUNJUNGAN MULIA"
Wednesday, February 8, 2012
JEMPUTAN KE PROGRAM MOTIVASI DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT MURID TAHUN 6 2012
Friday, February 3, 2012
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW 1433H/ 2012
Selamat meyambut Maulidur Rasul SAW
Tarikh
12 Rabiulawal 1433 H bersamaan 5 Februari 2012
Tema Tahun ini:
“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”
Sejarah Ringkas Kelahiran Nabi Muhammd S.A.W
Baginda lahir dari Keturunan Quraisy (Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad S.A.W telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah Øلمة السعديه di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya.
Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.