Friday, February 24, 2012

AHLAN WASAHLAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah wassolatu wassalamu 'ala rasulillah wa'ala alihi wasohbihi ajmain..
Kami, Panitia Agama Islam SK Pernu ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada admin sekolah kerana memberi peluang kepada panitia berkongsi maklumat di dalam blog ini.

Moga ianya akan memberi manfaat untuk warga SK Pernu khususnya dan untuk kita semua amnya. Di kesempatan ini pihak panitia agama ingin mengucapkan "Bittaufiq wannajah - Semoga berjaya" kepada anak didik SK Pernu di dalam Ujian Pengesanan Kali 1 yang akan bermula minggu hadapan. Buatlah yang terbaik bagi permulaan tahun 2012 ini.


Renungan Hari Jumaat :
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers