Monday, January 31, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR DAN PENYERAHAN ANAK ANGKAT 2011

Pada hari sabtu 29 Januari yang lalu, satu program Kecemerlangan UPSR dan Majlis Penyerahan Anak Angkat 2011 telah diadakan di kantin SK Pernu. Majlis telah dihadiri YDP PIBG SK Pernu iaitu Datuk Dr. Hj Baba Bin Hj Mad Deni, Guru Besar SK Pernu, Tn. Hj Ibrahim Bin Moktar, penceramah jemputan En. Azmal Bin Omar, para guru serta semua murid tahun enam yang diiringi oleh ibubapa dan penjaga masing-masing.
Antara objektif program ini dilancarkan bertujuan memberikan suntikan dan semangat kepada semua murid tahun enam yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini. Selain itu, mereka juga didedahkan bagaimana cara membahagikan masa, cara berkomunikasi dengan ibubapa dan guru, cara pembelajaran yang betul serta cara untuk memotivasikan diri bagi mencapai target dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti.
Diakhir program, semua murid tahun enam telah diagihkan kepada guru-guru SK Pernu sebagai anak angkat dimana ia bertujuan untuk guru tersebut memberikan fokus serta bimbingan khusus serta peluang untuk murid berkomunikasi dan mendapat bimbingan yang lebih rapat bersama "ibubapa" mereka di sekolah ini.



Simbolik Guru Besar dan GPK Kokurikulum bersama anak angkat masing-masing

Monday, January 24, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2011



Satu Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2011 telah diadakan pagi tadi di dataran perhimpunan Sekolah Kebangsaan Pernu. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Patriotik, Bacaan Ikrar, Bacaan Doa dan ucapan Alu-Aluan Pengerusi Majlis.Selepas Guru Besar SK Pernu, Tn. Haji Ibrahim Bin Moktar menyampaikan amanat, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh En. Jasmi Bin Abu Samah, Ketua Unit Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Melaka dan seterusnya merasmikan majlis tersebut.
Acara diteruskan lagi dengan majlis Penyampaian Watikah Perlantikan oleh En. Jasmi sambil diiringi guru besar. Kemuncak acara diteruskan dengan bacaan Ikrar Pengawas yang telah diketuai Ketua Pengawas SK Pernu iaitu Mohd Akmal Bin Idris. Pada tahun 2011 ini, seramai 45 orang murid telah dipilih sebagai Pengawas Sekolah, 37 orang murid sebagai Pengawas PSS, 10 orang sebagai Pengawas SPBT dan 32 orang murid sebagai Ketua dan Penolong Ketua Darjah mewakili kelas masing-masing termasuk kelas Pendidikan Khas.
Selepas penyampaian watikah tersebut, para pengawas mengambil kesempatan merakamkan gambar kenangan dan seterusnya bersurai.





PENGAWAS SEKOLAH



PENGAWAS PSS





PENGAWAS SPBT




KETUA DARJAH & PENOLONG KETUA DARJAH

Monday, January 3, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH



Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SK Pernu. Hari ini telah bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2011. Selamat datang diucapkan kepada 5 org guru baru yang memulakan tugas di SK Pernu iaitu En. Shaharuddin B. Sa'mah ; Pn. Khalijah Bt. Ahmad ; Cik Noraidah Bt. Abdullah ; Pn. Norazlina Bt. Ibrahim dan Pn. Salmah Bt. Hj Muhamad. Semoga dengan kehadiran guru-guru baru ini akan menambah mutu dan meningkatkan prestasi para pelajar di sekolah ini.

Namun begitu, terima kasih juga diucapkan kepada 3 org bekas guru yang pernah berkhidmat di SK Pernu ini iaitu Pn. Nursham Bt. Nuruddin ; En. Asrol Rahimee B. Ahmad dan Pn. Siti Salmiah Bt. Abetah yang telah pun bertukar ke sekolah lain bermula hari ini. Segala jasa baik cikgu sekalian akan kami kenang hingga ke akhir hayat.
 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers