Thursday, January 29, 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Acara Kejohanan Merentas Desa SK Pernu 2015 telah dilangsungkan pada Selasa, 27 Januari yang lepas. Alhamdulillah, program yang dirancangkan berakhir dengan cemerlang dan jayanya. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian dan seterusnya berjaya menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Secara automatik, dua pelajar lelaki dan perempuan tahun 6 yang mendapat tempat pertama dan kedua akan mewakili sekolah untuk kejohanan merentas desa peringkat negeri. Keputusan keseluruhan menyaksikan Rumah Biru telah menjadi johan dengan kutipan mata sebanyak 460 mata, naib johan Rumah Merah dengan 455 mata, tempat ketiga Rumah Hijau dengan 379 mata dan tempat keempat Rumah Kuning dengan kutipan  mata sebanyak 355. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang terlibat bagi menjayakan program.




0 comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers