Pada Ujian Selaras yang lalu,adik Muhd Hairi Bin Padzil dari kelas 6 Gigih telah berjaya mendapat 5A.Mari kita tanya bagaimana beliau belajar.
Adik,bagaiman anda belajar?"Saya belajar dengan cara sentiasa mengulang kaji pelajaran pada cuti sekolah,setiap petang ataupun masa yang terluang.Disamping itu, saya juga selalu membuat nota ringkas tentang apa yang diajar oleh guru,menumpukan seluruh perhatian semasa guru mengajar,menyiapkan kerja rumah yang diberi.Selain itu,saya juga selalu membuat latihan buku contoh UPSR,membuat zoom A dan membaca contoh karangan (Bahasa Malaysia dan Inggeris). Apabila saya kurang paham dalam sesuatu tajuk,saya akan menanya guru-guru dan membuat 'study group' kecil kecilan.Selain itu,saya juga selalu mengikuti kelas sasaran dan kelas kecemerlangan yang diadakan di sekolah.Disamping itu,saya juga selalu berdoa agar dilapangkan minda dan senang untuk ilmu difahami selepas bersolat,membaca Yassin dan makan makanan yang dapat menguatkan otak dan menambah oksigen."