Wednesday, February 24, 2010

Kerosakan Akibat Ribut



Sekolah telah digemparkan dengan kerosakan yang berlaku akibat dari ribut yang melanda kawasan itu malam semalam.Oleh sebab kedudukan sekolah yang berhampiran dengan laut,perkara sebegini kerap berlaku.Baru sebentar terdengar kata kata dari seorang guru di sini memetik pantun lama.


"KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK
JANGAN BERANI BERUMAH DI PANTAI"

Tuesday, February 23, 2010

Kejohanan Sukan SK Pernu (acara padang)

Semalam telah bermula kejohanan antara rumah-rumah sukan di padang sekolah SK Pernu. Untuk permulaan acara yang dipertandingkan adalah acara lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru.Suasana adalah sangat meriah walaupun pada cuaca yang panas.Dapat dilihat murid dan guru memberi sokongan padu pada wakil rumah sukan masing-masing
Acara Lompat Jauh..............................................Lompat Tinggi



Lompat Jauh kategori Wanita...............................Lontar Peluru

Pemenang akan diumumkan kelak.harap maklum

Sekalung budi kepada guru-guru yang bertungkus lumus memastikan kejohanan ini berjalan lancar.

Monday, February 22, 2010

Pelajar Pendidikan Khas di Makmal Komputer


Pelajar pendidikan khas ditemani guru- guru mereka telah pun memulakan pembelajaran ict di makmal komputer.Mereka belajar mengenali peralatan komputer.Macam-macam ragam pelajar dapat disaksikan tetapi takut pulak nak rakam telatah mereka,nanti mengganggu proses pembelajaran pula.Semoga mereka seronok belajar menggunakan komputer.

Pasukan Bola Sepak

Pada 18hb Februari yang lalu,Pasukan Bola Sepak Pernu B-12 telah mengadakan perlawanan persahabatan 4 Penjuru.Perlawanan bertujuan meningkatan persefahaman antara pemain-pemain.berikut adalah keputusan perlawanan

SK PERNU (0) lawan (1) SK DEMANG HUSSIEN
SK PERNU (0) lawan (2) SK SERI DUYUNG
SK PERNU (1) lawan (0) SK BUKIT LINTANG



Untuk mengetahui lebih mengenai perjalanan pasukan bola SK Pernu, sila ke halaman berita.
 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers