Pada 24 Jun yang lalu, satu perjumpaan Ibu Bapa Murid Target telah diadakan di makmal komputer sempena dengan Hari Terbuka SK Pernu. Perjumpaan ini termasuk didalam Program Kecemerlangan UPSR yang dirancang pihak SK Pernu dengan harapan agar ia dapat membantu mempertingkatkan pengetahuan dan penguasaan murid-murid dalam setiap mata pelajaran khususnya mata pelajaran peperiksaan. Pihak sekolah juga berharap dapat menyediakan calon target seramai 18 orang ini dan calon-calon UPSR yang lain agar lebih berkeyakinan, tenang dan dapat menjawab soalan-soalan ujian tersebut dengan betul dan tepat.
Selepas ucapan alu-aluan daripada guru besar, para ibu bapa diberikan taklimat dan seterusnya diberikan peluang untuk berdialog kepada para guru secara terbuka bagi membincangkan perkara berkaitan dengan calon-calon UPSR ini. Selepas pertemuan bersama dengan guru kelas masing-masing, ibu bapa menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid dan seterusnya bersurai.