Saturday, April 24, 2010

Tahniah Pasukan Bola Baling Sekolah

Tahniah kepada pasukan bola baling SK Pernu yang telah menyertai Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri Melaka.Walaupun pasukan wanita terkandar di peringkat kumpulan tetapi pasukan bola baling lelaki telah berjaya menduduki tempat ke 4 keseluruhan. Tahniah kepada mereka sekali lagi

Majlis Bacaan Yassin Dan Solat Hajat


Pada 22 April yang lepas telah diadakan majlis bacaan yassin dan solat hajat di SK Pernu. Majlis telah disertai oleh YDP PIBG Sekolah, Dato Dr. Hj Baba Bin Md. Deni. Guru Besar, Tuan Hj Ibrahim Bin Moktar juga sempat meluangkan masa bersama sama mendoakan kecemerlangan murid- murid yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi.Terima kasih di atas sokongan oleh PIBG, guru-guru dan ibubapa yang hadir ke majlis ini.Semoga dengan segala usaha yang telah dilakukan,murid murid SK Pernu akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR nanti.

Thursday, April 8, 2010

Gotong Royong Sempena Hari Kesihatan Sedunia


Pada hari Sabtu yang lepas 03 April 2010 ,Sek Keb Pernu telah menyahut seruan kerajaan membersihkan kawasan sekolah sempena Hari Kesihatan Sedunia.Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi.Semua guru dan pelajar tahap dua terlibat dalam program ini.Tumpuan program dijalankan adalah untuk membersihkan kawasan pembiakan nyamuk aedes.Atas kerjasama semua pihak, program telah berjalan dengan lancar.

Kebersihan Elak Pembiakan nyamuk aedes

Friday, April 2, 2010

Happy Birthday Cikgu Rusnaini





Hari ini 2 April merupakan Hari Lahir Guru Kelas 6 Gigih,Cikgu Rusnaini.Kami pelajar 6 Gigih mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada beliau
Bold
"Happy birthday cikgu.Saya ucapkan semoga cikgu panjang umur dan doakan kami mendapat 5A dalam peperiksaan nanti" Nazhan

"Happy birthday cikgu.saya ucapkan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan doakan saya supaya mendapat 5 A dalam peperiksaan nanti." Aiman

"Happy Birthday cikgu.Moga panjang umur murah rezeki" Azmil

"Happy birthday Cikgu" Alif

"Happy birthday cikgu,moga panjang umur" Luqman

"Selamat panjang umur dan murah rezeki,walaupun cikgu garang tapi kami sayang cikgu" adlina dan fatihah

Thursday, April 1, 2010

Pasukan Bola Sepak SK Pernu


Pasukan bola sepak SK Pernu telah berjaya melangkah ke suku akhir peringkat melaka setelah berjaya mendapat tempat kedua pada pusingan pertama.berikut adalah keputusan perlawanan


SK PERNU 2 - 1 SK AYER KEROH
SK PERNU 0 - 0 SR AGAMA JAIM TUN RAZAK
SK PERNU 1 - 0 SK JALAN DATUK PALEMBANG
SK PERNU 0 - 1 SK TELOK MAS





 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers