Tuesday, July 15, 2014

BERSAMA IMAM SHARIF IMRANI AL-HAFIZ

Sempena bulan dakwah & ihya' ramadhan yang telah dilancarkan, seluruh warga SK Pernu  telah berpeluang untuk menunaikan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat yang telah diimamkan oleh seorang imam ternama dari Masjid Ab' Ad Makkah iaitu Imam Sharif Imrani Al Hafiz. Majlis yang telah berlangsung pada 14 Julai 2014 ini dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Tazkirah Ramadhan yang telah dipimpin oleh Cikgu Abd Sattar Bin Ahmad. Sejurus ketibaan tuan imam, majlis diteruskan dengan solat sunat dhuha dan solat sunat hajat. Selesai bacaan doa, sedikit tazkirah ringkas telah disampaikan oleh tuan imam dan kemudian majlis bersurai.




Wednesday, July 9, 2014

PROGRAM SEMPENA RAMADHAN 2014

Sempena bulan ramadhan tahun ini, satu Majlis Pelancaran Bulan Dakwah, Program Ihya' dan Bulan Panitia Agama Islam telah dilancarkan pada 4 Julai 2014 yang lalu. Antara intipati program adalah seperti "Kempen Jom Jaga Aurat", "Jom Bersedekah" dan juga "Jom Beri Salam". Terdapat juga pelbagai lagi program sampingan yang lain juga berterusan diadakan sempena bulan yang mulia ini antaranya Tadarus Al-Quran dan juga Solat Hajat.


HARI TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN PERNU

Hari terbuka SK Pernu telah diadakan pada 3 Julai 2014 yang lalu..Ibu bapa telah dijemput hadir ke sekolah untuk berbicara bersama dengan guru kelas berkaitan dengan pelajaran anak masing-masing. Agenda yang bermula jam 9pagi dimulakan dengan taklimat kepada ibu bapa murid tahun 6 dan juga pemberian id Frog Vle kepada ibu bapa semua murid SK Pernu. Ibu bapa juga diberikan sedikit pendedahan mengenai apa itu Frog Vle 1Bestarinet.




SUKAN TAHUNAN SK PERNU KALI KE-40

Pada tanggal 26 Jun 2014 yang lalu, satu kejohanan sukan tahunan kali ke-40 telah dijalankan di padang SK Pernu. Majlis telah dirasmikan oleh En. Akramudin Bin Abdul Aziz yang mewakili Yang Berhormat Datuk Wira Latiff Bin Hj. Tamby Chik ini telah berjalan lancar dan berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada pasukan Rumah Biru kerana telah menjadi juara keseluruhan rumah sukan pada tahun ini.










 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers