Wednesday, April 25, 2012

Jasanya tetap dikenang...


Pada 19 April 2012 bersamaan 27 Jamadilawal 1433, tarikh pemergian 'sebutir permata' yang sangat berharga buat warga SK Pernu khususnya dan warga bidang pendidikan amnya. Benarlah, hadirnya 'saat' bagi setiap insan itu akan datang seperti yang telah ditetapkan di luh mahfudz, tidak dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat.


Al Fatihah buat arwah Cikgu Shaharuddin bin Sa'mah yg telah kembali ke rahmatullah jam 4.06 petang..Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T..Kepada Cikgu Magidah, Aiman Syahmi dan Shalin, moga tabah menjalaninya...Allah lebih menyayanginya..Ingatlah, kami sentiasa ada di sisi kalian.

Justeru, atas rasa keprihatinan dan ikatan kasih sayang yang telah terjalin, Kelab Guru dan Staf kerjasama dengan Panitia Agama Islam SK Pernu akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada tarikh berikut :

Khamis (26 April 2012)
7.00 malam
Bilik j-QAF SK Pernu

Semua warga SK Pernu, PIBG dan guru-guru SK Telok Mas (sekolah lama arwah) dijemput hadir....

Video ini didedikasikan khas untuk arwah :


MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR BERJALAN LANCAR

Pada 10/04/2012 Hari Selasa, Tuan Haji Ibrahim bin Moktar Guru Besar SK Pernu telah bersara setelah menabur bakti dalam bidang pendidikan negara. Warga SKP mengucapkan selamat bersara jasa dan budi Cikgu sentiasa dalam ingatan warga SKP.


PERSEMBAHAN ICT BERSAMA MURID
 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers