Monday, February 21, 2011

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Pada hari Jumaat yang lepas, satu majlis telah diadakan di Dataran Sejat Sekolah Kebangsaan Pernu sempena dengan Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Majlis dimulakan dengan Bacaan Yassin dan seterusnya ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Riduan Bin Salleh. Setelah selesai mendengar ceramah, majlis diteruskan dengan perarakan para pelajar dan guru sambil berselawat dan diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Suhaimi Bin Md. Yusuf. Selesai bacaan doa, para murid dan guru bersurai dan diberi jamuan ringkas.





"Barangsiapa mengumpulkan orang-orang Islam untuk menyambut maulid Nabi S.A.W. dengan membaca maulid itu dan mengadakan syarahan-syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat lain-lain kebajikan, nescaya Allah akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama dengan wali-wali, orang yang mati syahid dan orang-orang soleh dan ia akan berada dalam Syurga yang penuh nikmat."


-Riwayat Imam Syafi'i R.A.-

Thursday, February 10, 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2011

Pada 7 Februari 2011 yang lepas, satu lagi Kejohanan Merentas Desa telah diadakan di SK Pernu. Kejohanan yang sepatutnya dilangsungkan pada 31 Januari ini terpaksa ditangguhkan oleh kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, kejohanan tersebut akhirnya telah dilangsungkan dengan jayanya oleh pihak-pihak yang terlibat.
Kejohanan Merentas Desa kali ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu Kelas A; Tahun 5&6, Kelas B; Tahun 3&4 dan Kelas C; Tahun 1&2 yang mana setiap murid yang berjaya menamatkan larian akan menyumbangkan mata tertentu bagi pasukan rumah masing-masing. Kejohanan telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Pernu iaitu Tn. Hj. Ibrahim Bin Moktar dan seterusnya melepaskan para pelajar mengikut kategori. Trek kali ini terbahagi kepada dua iaitu 1 kilometer untuk pelajar tahap 1 dan 2.3 kilometer untuk pelajar tahap 2.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Guru Besar, Guru-guru SK Pernu, Kakitangan SK Pernu, Ibubapa, Penduduk Kampung Pernu, Balai Polis Kandang dan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan kejohanan kali ini. Berikut dipaparkan keputusan markah keseluruhan bagi setiap rumah sukan ;



  • TEMPAT PERTAMA : Rumah Biru = 1750 Markah

  • TEMPAT KEDUA : Rumah Merah = 1725 Markah

  • TEMPAT KETIGA : Rumah Kuning = 1635 Markah

  • TEMPAT KEEMPAT : Rumah Hijau = 1175 Markah





 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers