Monday, June 7, 2010

Cuti Sekolah Bermula


Cuti sekolah telah bermula sejak 5 Jun 2010 dan akan berakhir pada 20 Jun 2010. Murid - murid diingatkan agar menjaga keselamatan diri dan pastikan kerja sekolah yang diberi oleh guru disiapkan.



kepada guru guru juga sila jaga keselamatan anda semasa musim cuti persekolahan ini.



SELAMAT BERCUTI KEPADA MURID MURID SK PERNU

Friday, June 4, 2010

Ceramah keremajaan pelajar tahap 2 SK Pernu

Pagi 4 Jun 2010 telah diadakan ceramah berkaitan remaja yang disampaikan oleh Cikgu Nazri selaku guru kauseling dan Ustaz Suhaimi bagi murid lelaki dan Cikgu Rosnaini danUstazah Siti Hajar bagi murid perempuan.Ceramah bertajuk syariat berkaitan remaja.Mereka didedahkan dengan kehidupan awal remaja,perubahan perubahan diri yang berlaku dan tanggungjawab yang bakal dipikul.

Wednesday, June 2, 2010

SK Pernu dilanda ribut




Hari ini,warga Sek Keb Pernu dikejutkan lagi dengan kemusnahan dan kerosakan yang berlaku akibat dari ribut yang melanda kawasan Pernu awal pagi tadi.Banyak harta sekolah yang rosak antaranya bilik darjah yang menempatkan murid tahun 2.Tindakan telah diambil oleh pihak pengurusan dengan memaklumkan perkara ini ke Pejabat Daerah Melaka Tengah dan proses pembaikan akan dilakukan secepat mungkin.Diharap warga SK Pernu dapat bersabar dengan dugaan ini dan kita patut bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa.Sekian.

Tuesday, June 1, 2010

Cara-cara scan virus pendrive anda

Untuk mengelakkan kemasukkan virus serta keselamatan dan perlindungan komputer-komputer, setiap pendrive yang digunakan perlulah discan terlebih dahulu sebelum diteruskan penggunaannya.

Berikut adalah langkah-langkah untuk scan virus pendrive anda :

1. Mula-mula cancel segala autoplay ataupun windows pendrive yang terpapar. Klik MY COMPUTER pada menu START



2. Klik Right Click (klik kanan pada tetikus) pada ikon pendrive dan klik SCAN FOR VIRUSES ataupun apa - apa antivirus yang di install di dalam komputer
tersebut. ( Bagi semua komputer di SKK, SKK menggunakan antivirus Kapersky



3. Proses untuk scan virus akan bermula.



4. Tunggu sehingga ia selesai dan klik CLOSE. Sekiranya report menyatakan terdapat virus di dalam pendrive anda , sila ikut arahan yang dipaparkan oleh antivirus tersebut.



Terima kasih atas kerjasama anda.
 

Blogger news

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh daripada blog ini. Terima Kasih

Followers